Thursday, June 30, 2011

Menghayati Tujuan Usrah Pas

Setiap Naqib dan ahli perlu memahami tujuan Usrah yang mereka wujudkan. Kefahaman yang benar terhadap tujuan dan matlamat Usrah akan memudahkan perlaksanaannya dan melahirkan Usrah yang berjaya. Dia antara tujuannya ialah:

1)Usrah bertujuan mendidik hati-hati anggota Usrah supaya menjadi hamba-hamba Allah yang taatkan Allah swt dengan cara menghubungkan diri secara langsung dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.

2)Melahirkan individu yang iltizam dengan akhlak al-Quran dan mempunyai sifat taqwa dalam diri dengan maksud mematuhi setiap perintah Allah dan tegahannya.

3)Menjadikan Rasulullah s.a.w dan parta sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian dengan melahirkan peribadi yang berfikir dan bertindak selaras dengan ajaran Allah dan RasulNya.

4)Menghasilkan peribadi mukmin yang ikhlas beramal kerana Allah dan hidupnya dekat dengan bimbingan Al-Quran dan Al Sunnah serta cintakan Islam dan berkorban untuk agama.

5)Melahirkan peribadi Muslim, keluarga Muslim, Masyarakat Muslim yang dibina hubungan ukhuwwah dan kasih sayang sesama ahli kerana Allah.

6)Menyuburkan budaya nasihat-menasihati,tegur menegur di kalangan anggota kerana Allah.

7)Medan berkesan untuk merangsang motivasi ahli agar terus istiqamah dengan fikrah Islam yang tulen,aqidah yang mantap yang menjadi teras kepada perjuangan Islam sehingga melahirkan a'milin yang iltizam, itqan, sabar dan tidak mengenal erti kecewa.

8)Saluran komunikasi yang berkesan untuk menyalurkan maklumat kepada semua ahli.

9)Dapat memahami peribadi ahli dengan lebih dekat yang membantu jamaah mengenal pasti bakat dan keupayaan mereka dalam melaksanakan sesuatu urusan atau amanah.

10)Melahirkan saff amilin, du'at,mujahid dan qiadah yang terlatih dan bersedia melaksanakan tugasan dakwah dan siasah dengan penuh persediaan dan kefahaman.

No comments:

Post a Comment